Warisan Kelantan – Seni Silat Cantik

Seni silat merupakan salah satu khazanah bangsa Melayu yang masih wujud hingga kini. Jika dikaji terdapat beratus-ratus jenis aliran seni silat di Negara ini. Masing-masing mempunyai nama yang unik dan gaya persilatan yang hebat. Namun tahukah anda bahawa di negeri cik siti wan kembang ini juga terdapat sejenis seni silat yang amat cantik dan menarik.
Seni silat yang dimaksudkan itu ialah Seni Silat Cantik atau Silat Jatuh. Ianya menjadi sangat unik kerana hanya dapat dilihat dan dipelajari di negeri ini sahaja dan ia amat terkenal di negeri Kelantan. Namun asal usulnya masih belumĀ  diketahui dengan jelas kerana tidak ada sejarah bertulis mengenainya.
Seni silat ini mengabungkan keindahan gaya gerakan tari silat dan juga kehebatan pesilat menewaskan lawannya. Diawal pembelajaran, murid-muird akan diajar cara bertari silat dengan baik terlebih dahulu. Apabila tari sudah kemas dan cantik, diajar pula cara bertapang (tapak empat). Ia adalah cara bertari sambil melangkah dalam 4 penjuru. Setelah boleh bertari dan bertapang barulah diajar cara berlawan(bergomol). DidalamĀ  silat ini tujuan bertarung adalah untuk menjatuhkan pihak lawan. Teknik-teknik seperti tumbukan dan tendangan adalah dilarang sama sekali. Ia hanya menggunakan kebijaksanaan pesilat untuk menjatuhkan lawan mereka. Jika dilihat secara kasar ianya sama seperti seni bela diri dari jepun seperti sumo dan judo.
Silat cantik biasanya diajar di dalam bangsal yang berdekatan dengan rumah guru yang mengajar. Tempoh belajarnya pula biasanya 2-3 bulan sahaja, namun jika anak murid ingin terus menambah ilmu boleh datang berjumpa guru untuk belajar. Yang uniknya juga tentang silat ini, ia juga turut dipertandingkan. Biasanya ia diadakan apabila ada acara tomoi dilangsungkan. Pesilat akan berlawan diatas gelanggang yang sama digunakan oleh ahli tomoi. Ia secara glamornye disebut stage oleh orang-orang Kelantan. Silat cantik juga banyak dipersembahkan di majlis-majlis perkahwinan dan juga dalam upacara menyambut orang-orang kenamaan di Kelantan. Biasanya ketika majlis perkahwinan permainan silat ini kelihatan agak nakal dan lucu kerana bertujuan untuk menghiburkan tetamu yang hadir.

Kongsi Dengan Rakan:
  • Print this article!
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks
  • blogmarks
  • Blogosphere News
  • Faves
  • LinkaGoGo
  • Live
  • MySpace
  • Propeller
  • Reddit
  • RSS
  • StumbleUpon
  • Technorati
Kelantan Peluk Piala Musim 2010 Pantai Irama – Sejarah Dan Lagenda

No comments yet

Leave a Reply





XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Kalendar

September 2016
M T W T F S S
« Jan    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
Buy only from licensed Canadian pharmacies !~: medicine online store an extensive online catalogue. Looking for where to buy drugs online? on line pharmacy `/@ order viagra super active here we have posted the price, in which you can find all drugs available in.